Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut TIDAK PERNAH MELANTIK mana-mana individu / syarikat / firma sebagai orang tengah atau ejen untuk urusan semakan dan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut.
Sesiapa yang mempunyai Wang Tak Dituntut boleh membuat semakan dan permohonan bagi bayaran balik secara terus dengan pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut tanpa dikenakan sebarang caj / kos perkhidmatan.
Orang ramai digalakkan unutk menggunakan perkhidmatan semakan Wang Tak Dituntut secara dalam talian melalui Portal eGUMIS pada https://egumis.anm.gov.my.
Operasi Kaunter WTD di JANM Negeri/Cawangan adalah tertakluk kepada ketetapan pejabat masing-masing.
Bagi urusan serahan Wang Tak Dituntut oleh syarikat/firma, pihak syarikat/firma dikehendaki membuat temu janji bersama Unit Akaun dengan menghubungi 03-2056 8000 (Unit Akaun) atau akaun.bwtd@anm.gov.my.
HUBUNGI KAMI :
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2
Presint 2, 62594 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: 03-8000 8600
Faks : 03-8000 8611
Hak Cipta Terpelihara 2022 © Pendaftar Wang Tak Dituntut