SEKURITI TAK DITUNTUT




Info WTD > Sekuriti Tak Dituntut

SEKURITI TAK DITUNTUT


  1. Sekuriti tak dituntut adalah terdiri daripada saham, bon dan lain-lain instrumen kewangan orang awam yang telah dipindahkan kepada Kerajaan atas nama Menteri Kewangan dan Akauntan Negara Malaysia berdasarkan Akta-akta yang berkuatkuasa. Walaupun sekuriti ini telah dipindahkan ke atas nama Menteri Kewangan atau Akauntan Negara Malaysia, rekod mengenai pemilik asal masih diselenggara oleh Kerajaan bagi tujuan memulangkan sekuriti/hasilnya kepada pemilik/warisnya di satu masa hadapan.


  2. Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia merupakan pemegang amanah bagi sekuriti yang tak dituntut seperti termaktub di bawah Seksyen 14, Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (Akta 453), Seksyen 29 dan Seksyen 30 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) (Pindaan) (No.2) 1998 (Akta A1039), Seksyen 65 Akta Pemegang Amanah 1949, Seksyen 36 Akta Syarikat Amanah 1949 dan Seksyen 583 Akta Syarikat 2016.


  3. Kesemua terimaan dalam bentuk dividen, faedah dan hasil jualan sekuriti adalah diakrukan terlebih dahulu dalam rekod kepada pemilik sebelum wang tersebut diserah kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut. Wang yang diserah tersebut adalah tertakluk kepada Akta Wang Tak Dituntut 1965 dan pemilik/pengganti/warisnya boleh membuat tuntutan bila-bila masa kerana tiada had masa dikenakan.




Senarai Semak Pin. 1/2021– Permohonan Bayaran Balik Hasil Jualan/Dividen/Faedah Sekuriti :

 Bil.  Dokumen / Panduan
1  PERMOHONAN OLEH INDIVIDU   Muat Turun  
2  PERMOHONAN OLEH SYARIKAT    Muat Turun  
3  PERMOHONAN OLEH WARIS (EMPUNYA TELAH MENINGGAL DUNIA)   Muat Turun  

Senarai Borang – Permohonan Bayaran Balik Hasil Jualan/Dividen/Faedah Sekuriti:

 Bil.  Dokumen / Panduan
1  BORANG SPS2 (Pin.1/2021)   Muat Turun  
2  BORANG UMA-7 (Pin.1/2015)    Muat Turun  
3  BORANG UMA-8S (Pin.1/2016)   Muat Turun  
4  BORANG PERMOHONAN BAYARAN MELALUI BANK DERAF/TT   Muat Turun  

Semua Permohonan Bayaran Balik Hasil Jualan/Dividen/Faedah Sekuriti atau sebarang pertanyaan berkaitan Permohonan Bayaran Balik Hasil Jualan/Dividen/Faedah Sekuriti perlu dikemukakan kepada alamat Pendaftar Wang Tak Dituntut seperti berikut :


Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 7, Persiaran Perdana
Presint 2,62594 Putrajaya
(u.p : Unit Sekuriti Tak Dituntut)

Alamat emel : sekuriti.bwtd@anm.gov.my
Telefon : 03 8000 8780/8781/8682/8681