PIAGAM PELANGGAN / FUNGSI / DASAR KUALITI




Info Korporat > Piagam Pelanggan / Fungsi/ Dasar Kualiti

PIAGAM PELANGGAN

1. Mengeluarkan Akuan Pemeriksaan Wang Tak Dituntut dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh pemeriksaan.

2. Memproses tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut dalam tempoh 30 hari dari tarikh terimaan dokumen permohonan yang lengkap.

3. Mengeluarkan surat pengesahan bagi hasil jualan sekuriti atau dividen dalam tempoh 14 hari kalendar dari tarikh penerimaan permohonan.

FUNGSI

1. Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Akta 370).

2. Menyelaras program perundingan berkaitan pengurusan Wang Tak Dituntut (WTD) dan Sekuriti Tak Dituntut (STD).

3. Menguruskan Serahan Wang Tak Dituntut (WTD) yang diterima.

4. Menguruskan Permohonan Tuntutan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut (WTD).

5. Mengurus Sekuriti Tak Dituntut (STD).

6. Mengurus Pentadbiran Am, Perkhidmatan Kakitangan dan Kewangan.

DASAR KUALITI

Memberikan perkhidmatan pengurusan wang tak dituntut yang profesional dan berkualiti bagi peningkatan kepuasan hati pihak yang berkepentingan mengikut kehendak yang ditetapkan secara berterusan dengan mengambilkira isu-isu dalaman dan luaran serta risiko yang berkaitan.