LATAR BELAKANG




Info Korporat > Latar Belakang

LATAR BELAKANG



Akauntan Negara Malaysia telah dilantik oleh Menteri Kewangan sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD) pada 1 Jun 1975.


Perlantikan Pendaftar Wang Tak Dituntut menurut Seksyen 9 (1) dan Seksyen 9 (2) Akta Wang Tak Dituntut 1965 adalah seperti berikut :

P.U.(B) 221


"Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Seksyen-Kecil (1) Seksyen 9 Akta Wang Tak Dituntut 1965, Menteri Kewangan telah melantik Akauntan Negara sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut mulai daripada 1 haribulan Jun, 1975."

[Perb.(12.20) 443/34 - 1 Jld.2;P.N.(PU2)254.]


"Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Subseksyen (12) Seksyen 9 Akta Wang Tak Dituntut 1965, Menteri Kewangan telah melantik Timbalan    Akauntan Negara sebagai Timbalan Pendaftar Wang Tak Dituntut mulai daripada 1 haribulan Oktober, 1984."

[Perb.(12.20) 443/34 - 1 Jld.2;P.N.]