MAKLUMAT SERAHAN




Info WTD > Maklumat Serahan

MAKLUMAT SERAHAN

Berdasarkan Seksyen 10, Akta Wang Tak Dituntut 1965, syarikat/firma bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara seperti berikut :

  1. Menyelenggara dan menyimpan satu (1) Daftar WTD sehingga 31 Disember mengikut format yang ditetapkan oleh Pendaftar WTD.

  2. Menyerahkan WTD bersama-sama Daftar WTD tidak lewat dari 31 Mac tahun berikutnya.


    Mengemukakan Daftar WTD bagi tujuan pewartaan.

  3. Syarikat atau firma yang gagal mematuhi subseksyen (1) dan subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan syarikat atau firma dan setiap pegawai syarikat atau firma tersebut yang mungkir boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan boleh, dalam hal kesalahan yang berterusan, dikenakan denda tambahan yang tidak melebihi satu ribu ringgit setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan.


Bermula pada tahun 2021, Daftar Wang Tak Dituntut (Pin.1/2018) hendaklah dienkrip menggunakan Kit Serahan WTD. Syarikat/firma dikehendaki memohon pautan muat turun Kit Serahan WTD dengan mengemukakan e-mel kepada akaun.bwtd@anm.gov.my.

Serahan atas talian di Portal eGUMIS berkuatkuasa mulai Januari 2024, syarikat/firma perlu terlebih dahulu memohon capaian pengguna Portal eGUMIS (https://egumis.anm.gov.my/) dengan melengkapkan Borang UMA-1(Pin.1/2023) dan akaun.bwtd@anm.gov.my. Manakala, salinan asal borang serahan WTD (Borang UMA-1 Pin.1/2023) tidak perlu dihantar secara serahan tangan atau pos mulai tahun 2025.


Syarikat / Firma boleh memuat turun dokumen serahan WTD yang diperlukan seperti berikut :

 No.  Dokumen/Panduan PDF MS Word MS Excel
1 Carta Alir Proses Serahan WTD (Edisi 2026) Muat Turun
2 Garis Panduan Serahan WTD (Edisi 2026) Muat Turun
3 Borang UMA-1 (Pin.1 2023) - Borang Pendaftaran Muat Turun Muat Turun
3.1 Panduan Melengkapkan Borang UMA-1 (Pin.1 2023)(Edisi 2026) Muat Turun
4 Borang UMA-4 (Pin.1 2023) – Borang Serahan WTD (Edisi 2026) Muat Turun Muat Turun
4.1  Panduan Melengkapkan Borang UMA-4 (Pin.1 2023)(Edisi 2026) Muat Turun
5 Daftar Wang Tak Dituntut (Pin.1 2018)(Edisi 2026) Muat Turun
6 Senarai Semak Dokumen Serahan WTD (Edisi 2026) Muat Turun Muat Turun
7 Contoh Surat Iringan Pendaftaran WTD(Edisi 2026) Muat Turun