Apakah kewajipan syarikat/firma yang tertakluk kepada Akta WTD 1965 ini?
Syarikat/firma yang mempunyai wang tak dituntut wajib untuk:
Menyelanggara Daftar WTD (UMA-3)
Menyerah Daftar WTD (UMA-3) dan Borang Serahan WTD (UMA-4) serta membayar amaun WTD seperti dalam Daftar dan borang serahan kepada Pendaftar selewat-lewatnya pada atau sebelum 31 Mac setiap tahun.
Menyerah Daftar WTD (UMA-3) kepada Percetakan Nasional Malaysia Berhad bagi tujuan pewartaan.
Adakah hutang syarikat/firma kepada pemiutang luar negeri tertakluk kepada kehendak Akta WTD 1965?
Status empunya wang adalah tidak penting bagi tujuan Akta WTD 1965. Jika syarikat/firma gagal melakukan pembayaran dalam tempoh masa yang ditetapkan, tidak kira sebabnya (termasuk dalam keadaan di mana pemiutang tidak wujud lagi atau pemiutang luar negeri) wang itu tetap akan menjadi WTD dan tertakluk kepada kehendak Akta.
Bolehkah syarikat/firma meminta supaya dikecualikan daripada pematuhan Akta WTD 1965?
Menurut Seksyen 18 Akta WTD 1965, Menteri Kewangan mempunyai kuasa untuk mengecualikan satu-satu syarikat/firma daripada peruntukan Akta.
Mana-mana syarikat/firma yang mempunyai sebab yang kukuh boleh memohon kepada Menteri Kewangan untuk dipertimbangkan. Alasan seperti masalah kewangan atau pentadbiran, kekurangan tenaga kerja untuk mengendalikannya, amaun wang tak dituntut tidak banyak, bilangan kes wang tak dituntut terlalu banyak untuk dikendalikan dan tidak faham peruntukan Akta bukanlah alasan yang boleh diterima.
Tujuan utama Akta adalah untuk melindungi hak empunya wang tak dituntut. Oleh itu, syarikat/firma yang ingin memohon pengecualian perlulah meyakinkan Menteri kewangan bahawa pihak syarikat/firma boleh memberi perlindungan lebih terjamin, jika dibandingkan dengan Pendaftar, terhadap kepentingan serta hak empunya wang tak dituntut.
HUBUNGI KAMI :
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2
Presint 2, 62594 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: 03-8000 8600
Faks : 03-8000 8611
PENGIRAAN JUMLAH PELAWAT:
» 1333398 Jumlah » 4 Atas Talian » 372 Hari Ini » 739 Semalam » 6710 Minggu Ini » 372 Bulan Ini » 512213 Tahunan