SOALAN LAZIM TUNTUTAN




Soalan Lazim > Tuntutan

SOALAN LAZIM TUNTUTAN


  1. Dimana borang Permohonan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut (UMA-7) boleh diperolehi ?

    Orang awam boleh memperolehi borang UMA-7 daripada pejabat Pendaftar. Borang ini juga boleh diperolehi di semua pejabat negeri Jabatan ini dan di kebanyakan bank-bank perdagangan. Pemohon boleh memuat turun borang ini daripada laman web dan portal eGUMIS untuk kegunaan rasmi.


  2. Adakah Pendaftar mengenakan sebarang caj dalam pemprosesan permohonan bayaran balik wang tak dituntut?

    Tiada sebarang caj dikenakan. Pendaftar akan membayar balik amaun wang yang diterima olehnya tanpa sebarang faedah diberikan.


  3. Adakah had tempoh masa ditetapkan dalam permohonan bayaran balik wang tak dituntut yang telah diserahkan kepada Pendaftar ?

    Had tempoh masa tidak ditetapkan dalam Akta. Wang dalam simpanan Pendaftar boleh dituntut oleh orang yang mempunyai hak ke atasnya pada bila-bila masa akan datang.