SOALAN LAZIM PEMERIKSAAN




Soalan Lazim > Pemeriksaan

SOALAN LAZIM PEMERIKSAAN


  1. Apakah kriteria yang digunakan oleh Pendaftar dalam pemilihan syarikat/firma untuk pemeriksaan di bawah seksyen 12 Akta WTD 1965?

    Pihak Pendaftar memilih secara rawak syarikat/firma yang tertakluk di bawah Seksyen 8 Akta WTD 1965 mengikut sektor yang telah ditetapkan untuk pemeriksaan di bawah seksyen 12 Akta WTD 1965.


  2. Adakah syarikat/firma boleh memohon untuk penangguhan pemeriksaan di bawah seksyen 12 Akta WTD 1965?

    Syarikat/firma hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada pendaftar dengan alasan yang munasabah. Walau bagaimanapun, keputusan kelulusan penangguhan adalah tertakluk di bawah budi bicara Pendaftar.


  3. Apakah bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap syarikat/firma yang enggan memberi kerjasama kepada pihak Pendaftar bagi menjalankan pemeriksaan?

    Menurut seksyen 12 (4) Akta WTD 1965, sekiranya syarikat/firma atau pegawai syarikat/firma:

    1. Enggan/mengelak/menghalang dari menunjukkan dokumen

    2. Gagal membetulkan kesilapan yang dibangkitkan oleh Pendaftar; atau

    3. Menghalang/menyekat Pendaftar atau pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan pemeriksaan;


    Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dari RM5,000.00 atau tiga (3) bulan penjara atau kedua-duanya sekali.