SOALAN LAZIM KOMPAUN & DENDA




Soalan Lazim > Kompaun & Denda

SOALAN LAZIM KOMPAUN DAN DENDA


  1. Jika satu-satu syarikat/firma baru menyedari akan wujudnya Akta WTD 1965, adakah syarikat/fima itu akan didenda kerana gagal mematuhi Akta WTD 1965?

    Akta WTD 1965 tidak memberi kelonggaran kepada syarikat/firma yang tidak mengisytiharkan wang tak dituntut atas alasan tidak sedar akan wujudnya atau terlupa mematuhi Akta itu. Pendaftar akan memutuskan sama ada untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat/firma yang terbabit dengan meneliti keadaan yang menyebabkan ketidakpatuhan Akta itu berlaku. Yang penting adalah syarikat/firma mengambil tindakan segera untuk menyerahkan wang tak dituntut yang disimpannya.


  2. Adakah syarikat/firma yang tidak mematuhi kehendak Akta WTD 1965 akan didenda sekiranya amaun WTD tidak besar?

    Ketidakpatuhan kehendak Akta WTD 1965 akan menyebabkan hukuman denda dikenakan. Akta ini tidak berpandukan amaun WTD yang gagal diwarta/diserah kepada Pendaftar sebagai asas untuk menentukan sama ada denda perlu dikenakan.


  3. Bolehkah syarikat/firma meminta supaya dikecualikan daripada pematuhan Akta WTD 1965?

    Kegagalan syarikat/firma untuk menyerahkan WTD kepada Pendaftar merupakan satu kesalahan menurut Akta WTD 1965. Syarikat/firma dan juga kakitangan yang menyebabkan kesalahan itu berlaku boleh dihukum denda. Masalah kewangan tidah boleh dijadikan alasan bagi mengelak daripada hukuman ketidakpatuhan Akta.

    Walau bagaimanapun, atas dasar budi bicara, Pendaftar menurut seksyen 10(3) Akta WTD 1965, boleh mempertimbangkan permohonan perlanjutan tempoh masa untuk mengisytihar dan menyerah WTD daripada syarikat/firma. Syarikat/firma yang benar-benar menghadapi masalah kewangan yang serius, dibenarkan membuat permohonan dengan menghantar surat rasmi kepada Pendaftar dan menjelaskan justifikasi penangguhan serta mengemukakan dokumen yang dapat menyokong permohonan tersebut seperti penyata kewangan yang telah diaudit.